Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 18, 2010

Kasih sayang bukan untuk dijual beli...

Bercerita tentang kasih, sayang dan cinta tidak pernah ada akhirnya..Inilah anugerah teristimewa ALLAH buat makhluknya. Namun sayang itu pastilah jangan kita mengatasi sayang kepadaNYA. Inilah cinta sebenar-benarnya. Cinta abadi yang perlu setiap daripada kita menghayatinya. Apabila cinta itu menjadi satu dan jitu, kita akan pasti pandai menilai serta menghargai setiap anugerah cinta yang diberikan. Kita pasti akan lebih menyayangi pasangan yang dipinjamkan buat kita.  

Kasih sayang juga bukan uji kaji, bukan untuk dijual beli. Sayang ketika berada, benci bila tiada berharta. Sayang juga bukan semasa muda belia. Dibuang kala usia menginjak tua...Hargailah setiap pemberian yang kita miliki. Setiap kasih sayang yang ada di hadapan mata... 



1 comment:

♥Eyza Qhairy♥ said...

Hyee.. dah ade blog! Good2.. :)

Akak dah link wawa.. ;)