Thursday, March 31, 2011

B@LIK K@MPUNG

last friday tercapai gak hasrat abah n mama nk lik kg tercenta stlh hampir 2 bln xblk..rsa lma sgt..windu sgt pd sumanya...1st n 2nd day kt umah mil n fil at l@ndai.....sungai yg airnya dlm kerna hjn tersergam indah..bukit bukau hijau menawan kalbu..kolam ikan n dangau trasa indah sgt..angin menderu..fuhhh...xkn sma sumanya spt di base lumut tu...santapan lak sup ayam kampung...aneka ulam kampung...sambil makan bersila ramai2 bersama2 adik beradik yg sumanya 9 org x termasuk lg ipar duai..cucu menantu..rmai sgt family hubby..mmg riuh sekampung..bermacam2 cerita leh dengar bla blk skali skala...dlm my hubby adik bradik kamila kira dok plg jauh..n bla kami balik for sure mkn besar punyer...sronok sgt...sembang2 ngan mak ayah..n sempat lg bermanja ngan my mil n fil..bila tringin nk mnum ayaq nyoqqqq aka air klapa...blkg umah jer..naik amik pkai tgga..xtinggi pn...
spaila turn lik umah my mum cayunk...n tok....kt umah mum xdala rmai..klu blk jd 4branak..akn jd rmai cket klu kak..abg n ank2 sdara blk...mknla nasi 4 branak ni...tp mmg sronokla bla dpt blk umah kta sendri..t wawa pantang pn kt umah my mumla...n bilik pn still bilik pengantin lg..xbrubah pn...maklumla anak bongsu kn...xda sapa nk usik..masih cantek berkemas....stiap kali blk umah my mum mesti ada sja brg yg nk dbwa ke lumut..hehe..biasala umah bru nk deco...mum pn mesti ada ja brg dapur yg dia beli utk bg kt ank kesayangan ni..hehe..syg mak...ni lah yg membuat DA xpernah lupa wlu sesaat kt mak..n sentisa mendoakn kesejahteraan mak n tok selalu...alang2 dh blk ni..kta org bwakla mak jln2 ke umah abg n kak kt kulim..mak pn bkn slalu jln jauh..time ni la msa nk jln2...sronok tgok mak gembira n bahagia....sayanggg mak sgt2...emmmuahhhh
yg bestnya my hubby cuti spai isnin..ptg isnin kami gerakla balik...bru dkt nk msuk tol sg dua keta lak tetiba temperature naik..mmg isola sbb jauh lg perjalanan...hubby lak slasa kja..mmg xleh xcuse sebarangan..xleh patah blk la kn...kbtulan adik ipar dr arah bertentangan nk lik kg gak..n sempat berselisih kt tol..so terpaksala dia patah blk tgok kta org yg tersadai kt tol sg dua tu..no choice..terpaksa tukar keta ngan adik lak...keta dia lak rendah..adoi sakitla pinggang mak buyong ni..mmg xtau nk ckpla....nsib ada tukang urut..hehe
Alhamdulillah slamat spai lumut dlm kul 10 cmtu....
Rupa2nya di kampung waktu tu hujan n angin kuat..n telah ditakdirkan msa kul 7 lbih tu..pas maghrib..umah mak dihempap pokok durian... tp wawa tau pn esoknya..coz mak xmo wawa iso dlm c2ac cmni katanya..betapa kasihnya ibu kpd anak wlu dri sndri dtimpa kesusahan...YA ALLAH...wawa pn dh spai xtepon mak pn gtau..maybe sbb penat sgt..n sakit pinggang...terlupa dh...msa mak bgtau tu mengalir airmataku..syukur alhamdulillah mak n tok slamat..Ya ALLAH...inilah ujian yg kau beri untuk menguji hambaMU...insyaALLAH pasti ada hikmahNYA...ikutkn hati rsa nk terbang blk tgok apa yg terjadi tp nk wt cmna kn..alhamdulillah kerosakan dh dibaiki...
Doa anakmu ini takkan pernah putus untuk kesejahteraan n kebahagiaanmu wahai ibuku sayang...semoga ALLAH sentiasa merahmati dirimu selalu..aminnnnn


Kenapa ISLAM berkata J@NG@N

Jangan mandi berbogel walaupun seorang diri.
nanti Allah akan tarik kebahagian dan keberkatan dlm berumahtangga sedikit demi sedikit.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Monday, March 21, 2011

BPA FREE

mmg sdg hangat diperkatakn..tp benda sbnrnya dh lma...cma x dketengahkn n dhiraukn sgt bg sesetengah org...mmg bahaya btol susu yg ada BPA...yg da tnda recyle 7 kt bwh tu...opppps wawa dh pn terbeli aritu...brand fiffy da 4..pastu 1 anakku..mmg syg sgt..tp syg lg kt anak kn..yg xtau ape2 klu kiter bg dia wif dat bootle...tp da saranan kt cni...
Kementerian kesihatan telah pun melarang peniaga dari menjual botol susu yang ada unsur BPA mulai 1 MAC 2012.Lambat lg tp sbg pengguna bijak kita kna mengambil serius demi keselamatan anak kita.

Menurut kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.

Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER

ermm biarkanlah dlu botol yg dh bli tu..tp wawa mmg dh survey botol yg free BPA..da 2 choice dr brand tupperware n MAM...
sbnrnya nk BF sendri baby tp kna standby gak ngan botol ni incase nk keja n da emergency ke nanti...

RM35.15 (260ml)
RM23.75 (270ml)MAM BRAND


TUPPERWARE BRAND
NOW RM96.60
2 pcs 240ml bottle with nipple 
1 pcs 2L Milk container 
1 pcs 110ml travel container 
Gift  box



For My CuTe B@bY

cHoIcE fROM fiFFY

almost blue for my baby boy....memula nk bli ni discuss ngan hubby n survey2 dlu...klu bley nk 1 brand ja..yg price berpatutan n slesa tuk baby 100% cotton....lastly decide from fiffy brand..yg mnarik gak n da bnyk choice..maklumla baby 1st kn..tp ni suma adlh pembelian berhemah..yg perlu ja dbeli..n saiz bju xdala suma newborn ja..coz baby cpt membesar..multiple suma...kire2nyer sumer da bli cma da 2 3 brg je lom bli lg tmsuk set bersalin mama wawa ni..hehehe..hope baby mama suka ngan bju2 ni...next shoping igt nk cr rompers n jumpers yg sgt chomel tu...last shopingla kira b4...baby kuar...insyaALLAH

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Saturday, March 19, 2011

JoM Bre@kf@st

Pagi ni semangat nk wt breakfast..lgpn hubby ada...slalu dia xbf pg2....coz arini xda training bola...knala wawa wt bf special tuk dia skali skala...hehe..+plak hujan lebat d'pg hari...sedap ni menikmati sarapan...
 
BihuN SingaporE utk (2org mkn jer)
 
 
  • 1/2 bungkus bihun - direndam dulu
  • Kiub pati daging or dging/ayam dipotong halus
  • 2 keping fish cake
  • sayuran campur - carrot, sawi dan taugeh/kcg peas/jgung
  • 2 sudu makan cuka/air limau nipis
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam / lada putih
  • 2 biji tomato - potong nipis jika suka
  • garam dan gula secukupnya
  • 3biji cili padi ditumbuk bersama bwg putih
  • cili merah/bwg grg/telur mata utk hiasan n lbih mnarik
resipi telah diolah mngikut citarasa sendiri...cara membuatnyer sempoi jer...tumis bwg n seangkatan...siap hidang...hehe..pastu mkn kasi habis..jgn lpa bca doa mkn dlu : p

Friday, March 18, 2011

❤KurM@ & KiSMiS❤

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Mengamalkan makan kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s.?
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis-manis yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
2) KISMIS

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”. 
Syukur alhamdulillah dr awal mengandung inilah yang wawa amalkan spai skrg..sptutnya tiap2 hari spjg hidup kta amalkan...itula kdg2 lupa pastu stok habis xbeli..klu bleh nk train anak2 nanti mkn kurma n kismis  tiap2 hari..insyaALLAH

 



Pener@p@n mel@lui AL Qur@n

Mendidik ANAK SOLEH

Penekanan Terhadap Al-Quran Kunci Pendidikan Anak-anak

Pendidikan anak-anak merupakan aspek yang kritikal dalam pembinaan keluarga. Apatah lagi apabila menyedari hakikat bahawa anak-anaklah yang akan menyambung dakwah yang dilaksanakan ibu bapanya. Sering kita dengar secara teori akan kepentingan memastikan anak-anak terdidik, terjaga dan sebagainya, dan ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aspek praktikal yang dilakukan bagi mendidik anak-anak.

Kepentingan pendidikan al-Quran kepada anak-anak

Pendidikan anak-anak ini cukup penting dalam proses pewarisan dakwah kepada generasi seterusnya. Dakwah ini telah diwarisi sejak zaman Adam a.s hinggalah akhirat. Intipati dakwah Adam a.s telah diwarisi hingga Rasulullah s.a.w dan berterusan hinggalah hari kiamat. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita semestinya memastikan dakwah ini diwariskan kepada anak-anak. Kita juga perlu memastikan kefahaman islam ini diwarisi bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah. Sebab itulah di peringkat awal lagi penekanan terhadap al-Quran cukup penting dalam pendidikan anak-anak.

Proses pendidikan al-Quran sejak dari kandungan

Para ibu yang mengandung perlulah sentiasa membaca al-Quran supaya bacaan tersebut meresap masuk ke dalam kandungan. Setelah anak tersebut dilahirkan, anak tersebut perlu diperdengarkan dengan alunan-alunan bacaan al-Quran. Seterusnya apabila anak itu telah mampu bercakap dan melihat huruf-huruf, maka kita latih mereka dengan cara membaca al-Quran dengan betul dan mula membuat hafazan.

credit to Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim

BF MY B@BY


Untuk memastikan kejayaan dalam penyusuan.

Ibu-ibu perlulah:
  • Mempunyai kemahuan untuk menyusukan bayinya
  • Yakin bahawa susunya mencukupi
  • Cukup rehat dan hindari dari tekanan
  • Diberi pengetahuan semasa mengandung tentang faedah-faedah susu ibu dan cara-cara penyusuan


Posisi Ibu

Ibu boleh memilih kedudukan yang paling selesa dan dapat bertahan lama.
  • Posisi baring
  • Duduk : cradle hold atau reverse cradle hold
  • Kedudukan sisi (football hold)
  • Berbaring terlentang

Posisi Menyusukan Bayi Anda

Anda boleh memilih posisi yang anda rasakan sesuai mengikut keselesaan anda dan bayi.


Posisi Bayi

Sentiasa memastikan bayi selesa, jaga dan tidak menangis
Kedudukan bayi (aligment)
Bayi dipegang dengan tangan rapat
Perut bayi menghadap ke perut ibu
Kepala bayi rapat ke buah dada dan di ampu


Melekap (Attachment)

Cara Memegang Buah Dada

1. Gunakan posisi 'C' dengan menggunakan posisi C, tidak memberi tekanan kepada saluran laktiferous pengaliran susu tidak terganggu.

2. Elakkan memegang buah dada dengan posisi 'Scissor Hold':
  • posisi scissor boleh menyebabkan tekanan di buah dada bahagian atas dan bawah dan menyebabkan pengaliran susu terganggu.
  • posisi scissor juga boleh menyebabkan puting kerap terkeluar dari mulut bayi kerana tekanan di bahagian atas areola
  • posisi scissor boleh digunakan sekiranya susu terlalu banyak, untuk mengurangkan kecepatan pengaliran susu

3. Gunakan selimut atau bantal untuk mengampu bayi

4. Sentuh puting ke bibir bayi

5. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seperti menguap

6. Rapatkan bayi ke buah dada supaya mulut bayi dapat kawasan hitam (areola) sebanyak mungkin.


Posisi yang betul setelah bayi melekap:
  • Hidung Bayi : jauh dari buah dada
  • Bibir Bayi : terbuka luas seperti mulut ikan
  • Dagu Bayi : terkena atau menekan buah dada

Semasa Menyusu:
  • Bayi menghisap dan berhenti
  • Terdengar bunyi bayi menelan susu
  • Pipi bayi kembong
  • Sekiranya bayi berhenti terlalu lama atau tidur, bangunkan bayi anda dengan cara memegang di bahagian dagu, kaki dan lain-lain bahagian

Teknik Mengeluarkan Mulut Bayi Dari Buah Dada
  • Letakkan hujung jari kelingking di bahagian sudut mulut bayi
  • Keluarkan puting susu apabila bayi kenyang.
credit to kak engku

Ku mohon padaMU Ya ALLAH..perbanyakkanlah air susuku untuk aku menyusukan sendiri anakku dgn susu badan yg tiada tandingan dgn yg lain..aminnn

wawa mengamalkan pembacaan surah AL-HUJURAT dan memahami terjemahannya..mudah mudahan usaha dan doa wawa dikabulkan...dgn izinNYA...selain mengamalkan pemakanan seimbang spt minum susu, soya, jus lobak merah,jus lobak putih,memakan kurma dan kismis..
I WILL TRY MY BEST!!!


S@Y@ T@KUT BER@T XTURUN P@S BERS@LIN

 berat b4 preggy 47kg
tinggi 160cm
means....ideal
now berat 62.4 as normal carry wif baby
klu bleh pas confinement t nk brat 50 pn dh okay
HOPE : )


PETUA KEKAL LANGSING
Mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
  • Apa yang kita ambil untuk sarapan pada waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan pada waktu tengah hari.
  • Pada waktu tengah hari jangan makan makanan yang mengenyangkan, cukup sekadar buahan atau jangan makan langsung.
  • Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan jam 7.00 malam.
  • Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum malan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makanan berat).
Berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari isnin dan khamis). Mesti berpuasa dengan niat pada waktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum.

Pada hari ketika berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya dan sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namum manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiada displin. Jadi, salahkanlah diri sendiri kerana sikap menghukum diri.

Setiap kali bangun pagi, waktu tengah hari dan sebelum masuk tidur pada sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan liamu nipis atau kasturi. InsyaAllah anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

credit to kak engku : )

Tips & Petu@

story about petua ni da mcm2 kn...
yg kta bca yg kta dengar yg kta lihat
suma bergantung kpd kta
slagi ianya xbertentangan n xmemudaratkn
kta bleh amalkn...
dr zmn skolah wawa mmg mnat sgt ngan petua2 ni
pantang dgr mesti nk wt
skunk ni dlm tempoh kehamilan yg smakin hampir ke penghujung
mmg jari jemari sgt ligat mencari2 petua berguna on internet surfing
mmg bnyk sgtlah wawa jmpa petua2
selain dr membaca buku yg wawa beli
hsil pencarian from GOOGLE
satu blog yg mmg fokus tuk mama
syukur alhamdulillah dpt jmpa blog ni
suma info percuma kta leh dpt
pastu cadangan product yg bleh dgnakn spjg hamil n berpantang
special thank's to KAK ENGKU BIDAN BERSALIN



Thursday, March 17, 2011

d@ri d@pur m@m@ w@w@

smakin xtive cket2 berblog n mengupdate..hehe
arini rsa cket bertenaga nk msk yg special cket konon...
tuk santapan hubby mama n baby in my womb
ala kadar sja tp trasa ckup bersyukur msih dpt mkn n hidup dlm c2ac yg tenang aman n bahagia..syukur padaMU Ya ALLAH..berbanding rakyat jepun n rakyat malaysia yg menghuni d sna...smoga semuanya kembali pulih spt sediakala semula..smoga rakyat d sna sabar n tabah hadapi dugaan k...insyaALLAH aminnnn
.....taraa.....
MENU HARI INI

masak lemak taugeh n tlur
sambal tumis tauhu
ikan pekasam goreng
ulam timun wif sambal tempoyak

~MuD@ MuDi~

~(◕‿◕✿~
tenung tenung renung renung
skali nmpak pic kt ats ni cm kite org still teenagers gitu..tul ke prasan or prasaan..hehe
msa ni dh kawen..n dh preggy pn...trimester pertama...slim slender lg..pp pn xchubby lg cm skunk ni...n still dok berjauhan...tepeng n lumut...mama n abah muda!!!!

Wednesday, March 16, 2011

~from W@W@ Kitchen~

Syukur alhamdulillah sepanjang mengandung xda apa2 alahan....malah giat memasak d'dpur wlupn hidangan simple2 ja...hehe..lgpn slera nk mamam membuak2...asyik lapoo jew...lgpn bla dh dok sbumbung ngan hubby ni...dh 3bln kt bandaraya lumut ni...mestila hubby nk mrasa air tgn isteri n isteri pn mestila nk mengikat slera suami ngan air tgn sendiri kn...d samping mengisi msa terluang...
d antara hasil air tgnku yg tgh hamil 7bln...: )








hnya ini sja yg sempat snap...to be continue...klu msih lrat nk msk lg sblom deliver...

❤S@@t Ind@H @b@h & m@m@ to Be❤

Siapa yang tidak gembira dan bahagia pabila bakal bergelar abah & mama..
Siapa yang tidak teruja untuk melakari detik terindah itu..
Menyambut cahaya mata pertama lambang cinta suci yang telah terbina..
Semoga semuanya bisa menjadi nyata tidak lama lagi..
Kami panjatkan syukur atas nikmat kurniaan ini...
~Alhamdulillah~




Ya ALLAH..peliharalah kandunganku ini hingga selamat dilahirkan dan permudahkanlah semuanya...aminnn

Tuesday, March 1, 2011

Ku Mohon PadaMU YA ALLAH

<<<<Doa Seorang Isteri>>>>
Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu


Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu


Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin..

::: sources:: rahsia perkahwinan