Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 30, 2010

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!


Asas 5 jari


Jari telunjuk : usus


Jari tengah : Jantung


Jari Manis : Imuniti


Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik…perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita…kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cube cek tapak tgn masing2, kalo yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.selain itu, pernak tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke???jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..


seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok


pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang..tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...


ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam....


(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)


~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA....:-)~




Bingkisan dr .::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah

Thursday, July 22, 2010

Wasiat Dari Rasulullah kepada menantunya...

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.




Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.


Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.




Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"




1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.


6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.


10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.




11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.


12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.




13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Thursday, July 8, 2010

MyVi LE Dazzling Red

I want this!!!! nk duit nk beli kete..huhu...darling help me please!!!!!!



Thursday, May 27, 2010

26.05.2010-26.05.2004 anniversary wif en hubby : ) ♥♥

Alhamdulillah ku panjatkn syukur ke hadrat Ilahi..kerana memanjangkan jodoh kami..semalam ♥26.05.2010♥ genap 6 thn we declare as couple n now as husband n wife...love u so much darling...
Mei mengukir cerita suka dan duka...
bulan di mana hilang insan tersayang..
bertemu insan yg kini bergelar suami kepadaku...
hari ibu..besday my mum cayunk..
date nikah 15.5.2010
date couple 26.05.2004
Terima kasih YA ALLAH
  Sumanya mengajarku untuk menghargai n menyayangi insan di sekililing yg amat ku sayang
tabah mengharungi hidup walau susah walau sesukar manapun
masih ada insan-insan istimewa di sampingku..
akan ku hargai sumanya
InsyaALLAH

Berikanlah kebahagiaan kepada kami YA ALLAH
Kurniakanlah kami rahmat di sisiMU
dan berilah petunjuk dalam urusan kami dengan segala petunjuk
Mudahkanlah urusan kami YA ALLAH
Permudahkanlah jgn disulitkn kerana engkaulah yang Maha memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMU
Cukupkanlah segala keperluan kami
 Sempurnakanlah dgn segala kebaikan 
Dengan rahmatMU
YA ALLAH wahai yg paling mengasihani drpd yg mengasihani
~Aminn Ya Rabbal Alamin~











Tuesday, May 11, 2010

Dedikasi utk mak tersayang n genap 9 thn arwah abah meninggalkan kami sekeluarga

Happy mother's day to my lovely mum..my mak cyg...
even dh 2 ari berlalu..nk wish gak tuk my mak cyg
mak adlh segala2nya bg sy tanpa dia siapalah sy di dunia ini...
sumber inspirasi sy selamanya
sumber kekuatan
sgt tabah mengharungi suma
sehingga ke saat ini
saat sy bakal diijabkabulkan
terima kasih mak...
terima kasih untuk segalanya
semoga ALLAH sentiasa merahmati mak di dunia dan akhirat
aminnn

9.05.2010
mothers day

10.05.2010
genap sembilan tahun arwah abah tersayang meninggalkan kami sekeluarga
al-fatihah utk arwah abah
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat
terlalu merinduinya
di saat-saat sy bakal bergelar isteri
abg sbg pengganti wali...
pengorbananmu terlalu banyak
membanting tulang tanpa menghirau panas terik mentari
mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga
sayu dan pilu utk diingat...
terima kasih abah...
windu saat mencium tgn abah sebelum balik ke asrama
dan di pagi itu tak dapat ku tatap wajahmu yg terakhir...
xsempat kita berjumpa...
apakan daya sumanya telah ditakdirkan
doa anak yg soleh n sedekah jariah  kukirim padamu
sayang abahhhh....

~loVe My Mum n My Late Father~



Friday, April 30, 2010

sanggul bonggol unta....salah tu

renung2kn...dgn trend skrg.. : )
sy pn penah wat...blajar dr kesilapan....

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا


yang bermaksud :


Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :


2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.


Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.


Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!


Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak tersebut.
credit from speak with heart....

Wednesday, April 14, 2010

how do you feel??? when getting married

~from the title~
semakin dekat semakin bnyk wawa fkir
xtahu nk ungkapkan cmne
bila sy dh kawen sy kene fokus pd hubby
pastu sy xbleh slalu n suka suki nk lik kg slalu
kena ikut hubby sayela
tp mak sayer camner
mak sy dh mula ckp2
bila sy dh kawen t xdala sapa2 dh kt umah
xda dh yg nk tido ats riba
nk bwak jln2 nek scooter sy tue
yg jd tukang repair mcm2 kt umah tu
sy laki sy la pompuan
coz sy jer yg xkawen
lps ni sy dh kawen
sapela nk ganti sayer
cedeyla..tp kawen kna gak..huhu
mak sy faham tp sy jd cedey tuk mak sayer
ermmm cmne yer
insyaALLAH sy berjanji pd semua yg syg sayer
sy cuba utk tunaikn kewajipan sebaik mungkin
jaga hati sume org
wat baik n hormat suma org
my fiance pn da ckp insyaALLAH
ada msa ja leh lik kg
lgpn 1jln ja
xg jln2 pn xpa asal dpt lik kg jenguk mak n tok sayer  n bkal mak n ayah mertua sayer
~insyaALLAH~
tp sy cedey jgak
mak bnyk bersusah tuk sayer :' (
syg mak sgt2
ibu engkaulah
  ~~~~~~~~~~♥RATU HATIKU♥~~~~~~~~~~~
MAY ALLAH BLESS MY MUM
aminnnn