Sabda Rasulullah s.a.w: 
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil,  kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang  bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta  cerdas pemikirannya.”
Mengamalkan makan kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali  kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti. Semasa bayi  dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s.?
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang  harus puan buat, makanan manis-manis yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA
 
 
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita  yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan  menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang  baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun,  sihir dan tidak diganggu syaitan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah  kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
2) KISMIS
 
 
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah  sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan  ditimpa penyakit kecuali kematian”.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena  kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan  saraf dan menghilangkan letih”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah,  maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung,  menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan  jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.  
Syukur alhamdulillah dr awal mengandung inilah yang wawa amalkan spai skrg..sptutnya tiap2 hari spjg hidup kta amalkan...itula kdg2 lupa pastu stok habis xbeli..klu bleh nk train anak2 nanti mkn kurma n kismis  tiap2 hari..insyaALLAH