Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2011

BF MY B@BY


Untuk memastikan kejayaan dalam penyusuan.

Ibu-ibu perlulah:
  • Mempunyai kemahuan untuk menyusukan bayinya
  • Yakin bahawa susunya mencukupi
  • Cukup rehat dan hindari dari tekanan
  • Diberi pengetahuan semasa mengandung tentang faedah-faedah susu ibu dan cara-cara penyusuan


Posisi Ibu

Ibu boleh memilih kedudukan yang paling selesa dan dapat bertahan lama.
  • Posisi baring
  • Duduk : cradle hold atau reverse cradle hold
  • Kedudukan sisi (football hold)
  • Berbaring terlentang

Posisi Menyusukan Bayi Anda

Anda boleh memilih posisi yang anda rasakan sesuai mengikut keselesaan anda dan bayi.


Posisi Bayi

Sentiasa memastikan bayi selesa, jaga dan tidak menangis
Kedudukan bayi (aligment)
Bayi dipegang dengan tangan rapat
Perut bayi menghadap ke perut ibu
Kepala bayi rapat ke buah dada dan di ampu


Melekap (Attachment)

Cara Memegang Buah Dada

1. Gunakan posisi 'C' dengan menggunakan posisi C, tidak memberi tekanan kepada saluran laktiferous pengaliran susu tidak terganggu.

2. Elakkan memegang buah dada dengan posisi 'Scissor Hold':
  • posisi scissor boleh menyebabkan tekanan di buah dada bahagian atas dan bawah dan menyebabkan pengaliran susu terganggu.
  • posisi scissor juga boleh menyebabkan puting kerap terkeluar dari mulut bayi kerana tekanan di bahagian atas areola
  • posisi scissor boleh digunakan sekiranya susu terlalu banyak, untuk mengurangkan kecepatan pengaliran susu

3. Gunakan selimut atau bantal untuk mengampu bayi

4. Sentuh puting ke bibir bayi

5. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seperti menguap

6. Rapatkan bayi ke buah dada supaya mulut bayi dapat kawasan hitam (areola) sebanyak mungkin.


Posisi yang betul setelah bayi melekap:
  • Hidung Bayi : jauh dari buah dada
  • Bibir Bayi : terbuka luas seperti mulut ikan
  • Dagu Bayi : terkena atau menekan buah dada

Semasa Menyusu:
  • Bayi menghisap dan berhenti
  • Terdengar bunyi bayi menelan susu
  • Pipi bayi kembong
  • Sekiranya bayi berhenti terlalu lama atau tidur, bangunkan bayi anda dengan cara memegang di bahagian dagu, kaki dan lain-lain bahagian

Teknik Mengeluarkan Mulut Bayi Dari Buah Dada
  • Letakkan hujung jari kelingking di bahagian sudut mulut bayi
  • Keluarkan puting susu apabila bayi kenyang.
credit to kak engku

Ku mohon padaMU Ya ALLAH..perbanyakkanlah air susuku untuk aku menyusukan sendiri anakku dgn susu badan yg tiada tandingan dgn yg lain..aminnn

wawa mengamalkan pembacaan surah AL-HUJURAT dan memahami terjemahannya..mudah mudahan usaha dan doa wawa dikabulkan...dgn izinNYA...selain mengamalkan pemakanan seimbang spt minum susu, soya, jus lobak merah,jus lobak putih,memakan kurma dan kismis..
I WILL TRY MY BEST!!!


No comments: